tarwiyah

Suatu hari bersejarah dalam kalender Islam khusus ketika masuk tanggal 8 Zulhijjah dan diisebut sebagai hari Tarwiyah.

Ketika masuk 9 zulhijjah selepas zohor jemaah haji bermula berwukuf di Arafah.

Maksud “tarwiyah” sendiri sebagai dikatakan oleh Imam Fakhrudin Al Razi sebagai hari berfikir atau merenung daripada keadaan keragu-raguan…

Dalam hidup ini kadangkala kita ingin mencapai sesuatu yang benar, tetapi penuh dengan keraguan… begitulah keadaan Nabi Ibrahim ketika diperintah melakukan kurban anaknya, sebagai seorang bapa beliau menghadapi keraguan tentang perintah lakukan kurban…

Maka sebagai tadabbur dari kisah atau ambil ibrah daripada kisah Ibrahim kita dianjurkan pada hari ini lakukan renungan apakah keraguan yang masih menghantui hidup ini dalam lakukan perintah Allah.

Berfikir atau merenung adalah salah satu daripada paksi Islam… Islam tidak berpijak pada kisah mistik dan mitos, tetapi pada asas dalil dan hujjah yang jelas…

Maka berwukuf di Arafah adalah ibadah yang jelas dan bukan mitos,

Begitu juga lakukan kurban itu bukan ibadah mistik tetapi suatu perintah Allah yang jelas dan patut dilakukan oleh yang berkemampuan… dan tidak harus di campur adukkan dengan perkara yang mistik kebatinan atau masukkan unsur perniagaan dalam lakukan ibadah kurban.